Blogger Layouts

Like Button

Isnin, 6 Ogos 2012

MENCARI REDHA ALLAH..

                          dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYANYANG....




Maaf kan ana kerana ana terpaksa melakukan smua ini.. ana xnak kita lalai melayan nafsu dunia.. selagi kita belum di ijab qabul,kita masih punyai batas2 pergaulan.. maaf kan ana sekali lagi.. marilah sama2 kita menjaga diri kita masing2 sblom kita dpat bersatu.. mari sama2 kita merebut cinta dri ALLAH.. marilah lah sama2 kita mengejar cita2 dulu sblom mengejar cinta... maafkan ana.. 


jodoh,pertemuan,ajal maut... ALLAH dah teteapkan untuk kita.. smpai masanya dia akan datang.. cinta manusia xperlu di cari.. yakin je dngan ketentuan ALLAH... rebutlah cinta ALLAH nntikan ALLAH akan hntar cinta manusia.. sekuat mana pon kita gengam,kalo dya bkan milik kita.. dya ttp xakan jadi milik kita.. 

mari sama2 kita mengubah diri kita menjadi yg terbaik,.. tpi,mengubah diri di sebabkan dunia.. mafhum hadis.. sesungguhnya setiap amalam itu di mulakan dngan niat.. balasan bagi setiap amalan kita ialah berdasarkan apa yg kita niat.. maka barangsiapa yg berhijrah krana ALLAH dan RASUL maka dya mmperolehi pahala hijrahnya kerana ALLAH dan rasul.. dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia,ataupon kerana prmpuan yg nak di nikahinya,maka hijrahnya adalah sia2... ayuh kita renung2kan.. kita nie masih mengharap yg mna?? adakah kita masih mngharap dunia semata2?? fikir2knlah..







andai benar dia jodoh kita , walau jauh mana pun dia pergi , pasti dia akan datang semula bila tiba masanya nanti .. jangan risau , Allah dah rancangkan yang terbaik buat kita .. ALLAH dah rancang yg terbaek buat kita.. yang penting teruskan berdoa agar kita dpat di satukan dngan keredhaan ALLAH...




Kejujuran, keikhlasan, kepercayaan, kesetiaan penting dalam sesuatu hubungan....Percayalah sayangku.. andai kita mmg dah di jodohkan.. kita akan di pertemukan apabila smuanya telah bersedia..





maaf kan ana,ana terpaksa jadi seperti pohon semalu.. selagi kita belom ada ikatan akad nikah.. ana nak bagi yg terbaik untuk tulang rusuk ana... doakan ana menjadi isteri yg solehah...






biarlah jarak yang memisahkan kita.. biarlah kita berada di benua lain2.. agar kita dpat mnjaga hati masing2.. supaya kita dpat mengelak dri melakukan maksiat..
Jika ada jodoh, kita akan bertemu,
Buat masa ini, biarlah kita berjauhan dulu,
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku. Walau jauh mana, meskipun lama mana,
Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti.. ingatkan ana dalam doamu.. 




lebik baik ana tinggal anta,anta tinggal ana.. sebelom ALLAH meninggalkan kita.. yakinlah jika kita xpnah tinggal ALLAH,ALLAH juga xkan pnah tinggalkan kita berseorangan... ALLAH akan hntar oranag untuk menjaga kita bila tiba waktunya...

Lebih baik meninggalkan "sesuatu" demi Allah, daripada meninggalkan Allah demi "sesuatu".
#Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. Alhamdulillah..

Belajarlah untuk "MENYAYANGI", bukannya "MENCINTAI". Kerana selama mana kita mahu memilikinya, jika bukan dia yang di takdirkan atas takdir hidup kita, ianya pasti akan berakhir jua..
~ Jangan terlalu sibuk mencari Cinta.
Cinta hanya akan menyatukan pasangan bila sampai waktunya




" jodoh itu bukan saya yang cari ,tapi ALLAH yang beri .. :') "
doakan diriku menjadi wanita yanh solehah.. jngan penah putus berdoa pada PENCIPTA jika inginkan ciptaanNYA.. moga kita di permudahkan segala urusan.. yakinlah,jika mmg kita ada jodoh,ALLAH akan permudahkan.. yang penting terus berdoa.. ALLAH xkn pnah mengecewakan hmba2NYA.. apabila kamu berazam,maka.. bertawakallah..




jadikan smua halangan ini adalah kekuatan kita untuk mndapat antara satu sama lain.. jngan jadikan halangan ini sebagai alasan untuk anta trus futur.. jadilah orang yang cemerlang,bukan orang yg selalu mencipta alasan..

buktikan yang anta benar2 bersungguh untuk memetik bunga di taman.. semoga anta berjaya melakukannya.. doa ana sntiasa bersama anta.. 



untuk bakal imam ku... ALWAJDI.. moga anta sntiasa semnagta untuk merebut cinta ALLAH.. doakan moga di permudah smua urusan kita.. jaga diri.. jaga iman.. sntiasa mmpertingkatkan amalan di bulan RAMADHAN.. perbanyakkan berdoa di bulan RAMADHAN mudah2 han berkat bulan RAMADHAN,manatijah kan yg terbaik buat kita...

maaf bnyak2 andai ada yg terasa.. percayalah,ini adalah smua dri isi hati bakal umi kpada anak2 anta.. <3<3<3.. mudaha2an kita smua sntiasa di bawah naungan ALLAH... 

SUDIKAH AWAK JADI IMAM SAYA..??

Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam?

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak..♥

Ahad, 5 Ogos 2012

moga diri ku tabah..

      DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG..

salam ramadhan.. sedar xsedar dah setengah bulan ramadhan berlalu.. rasa mcam xcaya je.. uh,bnyak sngat lagi dosa.. terasa mcam diri blom btoi2 lagi solehah.. layak ke nak dpat yg soleh?? sudah tntu blom layak lagi kan...

hampir 10 hari dah berkenalan dngan si dya.. terasa mcam bahagi plak.. terima kasih ya ALLAH krana telah mnghntar dya untuk diriku.. seandainya dya adalah milikku,satu kn lah aty kami.. permudahklanlah urusan kami yaALLAH.. 

kadang2 rasa mcam xlayak untuk menerima.. dan rasa xsanggup plak untuk menolaknya.. org solehkn.. spa xnak.. fmly dya plak alim warak.. berdosa sngat kalo tolak.. ALLAH dah hnto yg baek,tolak plak yea.. tugas saya skrg nie ialah mensolehahkan diri.. sblom bersama si dya.. 

moga ALLAH sntiasa mnjaga hubungan kami.. permudahkan lah urusan kami.. berkatlah setiap waktu kami.. satu kan aty2 fmly kami.. permudahkan lah masjid yg kmi nak bina atas jalan MU ini.. kami mengharap keredhaanMU ya ALLAH..

jaga diri wahai tulang rusukku .. moga kita dpat di satukan dngan lafaz akad nikah.. maaf diri ini blom ckup smpurna untuk menerima mu.. terima kasih krana sudi menerima diri ini yg bnyak melakukan kajahatan. bimbinglah daku menuju hidup yg di redhai ALLAH.. moga kedua ibu bapa kita meredhai dan merestui kita..

Sabtu, 4 Ogos 2012

WANITA

Ciptaan ALLAH yang bernama.. WANITA..!!

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?
Allah menjawab :

"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mamp

u melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :

"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam.."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :

"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :

"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :

"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

Allah menjawab :

"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..



untuk bakal tulang rusukku.. jgan penah kecewakanku.. walaupon diri ini terasa tidak layak bersama kamu..<3<3<3

pinanglah daku kerana dakwah..


Pinanglah daku kerana dakwah.

Salam,
malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.
Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.

Baitul Muslim ini urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah.Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.
Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali.
dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti.

Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun ( ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. ada juga yang dah bersedia awal. ada yang belum lagi.
dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Adajuga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak2 antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak2 antum.

Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?
Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akh dan juga ukht.

Melamar secara direct.

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri.
Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat sangat rasa offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah. samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

‘ asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!’

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahannya-kelemahanannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?
Allah akan beri kamu yang terbaik.Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi.

di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca blog ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak.
Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini. termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel.Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu. ( ini jika pinangan itu direct padamu). walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat, namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah.Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik.
Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah. tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.
tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. kerana Allah dan rasulNya dahulu.

tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya.

Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Rabu, 1 Ogos 2012

moga diri ini tabah...


Wahai diri :

Jika kamu mahu berniqab.....

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..

Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu,

Niqabkan hatimu dulu,

Niqabkan jiwamu dulu,

Niqabkan lidahmu dulu,

Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.

Yang terbuka belum tentu terus terbuka ..

Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu...

Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu....

Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah...

Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu....

Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu..

Usahlah kamu mendongak wajah ke langit....

Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ...

Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu..

Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu...

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!

Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!

Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya....

Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri....

Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL....

Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu...

Terlalu sarat dengan kata nista....

Kamu berdusta!!!

Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu....

Niqab bukan fesyen terbaru!

Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj!

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!

Niqab bukan untuk dipersendakan...

Berilmulah sebelum beramal....

Kerana yang akan menderita adalah diri mu....

BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

p/s : kalian yg tidak memahami, tidak mengerti perasaan seorang niqabis, lebih baik diam sahaja.. memang indah, sejuk mata memandang wanita yg berniqab.. tetapi kebanyakannya ramai yg tidak mengetahui, menyedari.. di sebalik purdah itu, mereka menyembunyikan tangisan kesedihan mereka. kesulitan ujian yang mereka hadapi semata-mata mahu memperjuangkan sehelai kain yg menutup wajah mereka Lilahitaala.. (T_T)

moga aku menjadi isteri yang solehah..

"Jadilah seorang isteri yang mampu memberikan suasana teduh,ketenangan berpikir dan senantiasa bersikap lembut bagi suami.InsyaAllah.."♥ 

Ya Allah..Ya Muhaimin..
Bila Hamba menjadi isteri seseorang...
Izinkanlah diri hamba menjadi kekuatan baginya..
Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya..
Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya.
Izinkanlah hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya...
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepada-Mu..
Ammin Ya Rabb..~

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah" (:

Pengikut

Hello Kitty 59