Blogger Layouts

Like Button

Jumaat, 12 Julai 2013

PESAN PADA DIRI


Assalamualaikum semua.. 

Alhamdullah,, sekian lama meninggal dunia blog kini kak lang terpanggil semula untuk berblog.. cantik xgambar <<<<<<<<<<<tu.. 2 la anak2 kak lang.. ummi rindu anak2 ummi.. 

bukan lah tajuk rindu yang kak lang ingin bahas kan di sinie.. kak lang nak kongsi dgan korang semua tentang UJIAN,MUSIBAH.. semua orang xlari dari ujian.. kaya ke kita,miskin ke kita,cntik ke kita,hodoh ka kita,,,,semuanya akan di uji.. 


selalu kita persoalkan,kenapa kita di uji?? kenapa akuuuuuuu??YA SALAM,,kalo kita tau hakikat ujian yang ALLAH bagi dekat kita tu sebenarnya ALLAH sayangkan kita,ALLAH nak tambahkan iman kita.. mesti kita nak selalu duduk dalam ujiankan.. MASYAALLAH...




1.  KENAPA AKU DI UJI???
          ALQURAN TOLONG JAWABKAN UNTUK KITA....

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,sedangkan belum sampai kepada kamu ujian seperti yang telah berlaku kepada orang2 yang terdhulu daripada kamu.. (ALBAQARAH 214)

ha,cuba paham tengok ayat 2,jgan dok perasan nak masuk syurga la selagi belum di uji.. 
meh kak lang tunjuk lagi..

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan saja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak di uji?? dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang2 yang sebelum mereka,maka sesungguhnya ALLAH pasti mengetahui orang yang benar dan mengetahui orang yang dusta.. (ALANKABUT 2,3)

Ha,tudia.. xyah nak sembang sangat la mengaku beriman,tp belum di uji.. 

TAPI,,BILA DAH DI UJI,KENA KUAT LAH.. JANGAN CEPAT MENGALAH.. JANGAN CEPAT PUTUS ASA PULAK.. (pandai ckapkan,bila kena batang hidung kak lang,tersengap jugak la.. hihihi) meh kita tengok ayat ALQURAN yang suruh kita bersabar degan ujian yang ALLAH bagi dekat kita.. 

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..

Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan kami uji perihal kamu.. (MUHAMMAD 31)

so,jgan cepat mengalah.. jgan putus asa bila di uji.. nie ada lagi satu ayat ALQURAN..

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD ;

Tidak ada satu musibah yang menimpa sesorang kecuali dengan izin ALLAH dan barang sapa beriman kepada ALLAH,nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya dan ALLAH MAHA MENGETAHUI sesuatu.. (ATTAGHAABUN 11)




2. KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN..

Ish,jenuh dah aku berdoa.. nak suami hansome.. nak suami kaya.. nak khwn cepat.. tapi,xdapat2 pon.. ALLAH nie xsayang aku kew?? penah x terlintas mcam 2 dalam pikiran korang.. ha,mesty penahkan.. ha,sengeh2 tu ada la tu kan.. hihih.. 

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu.. dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.. ALLAH mengetahui,sedang kamu xmengetahui.. (ALBAQARAH 216)

kan dah kena batang hidung.. ALLAH yang jadikan kita,ALLAH tau la apa yang terbaik untuk kitakan.. 





3. KENAPA UJIAN SEBERAT INI MENIMPA AKU..

Kenapa la ALLAH uji aku dgan ujian seberat nie.. aku xmmpu la nak lalui smua nie.. korang faham x?? sobsobsobbb.. huhuhu..

ALLAH BERFIRAMAN YANG BERMAKSUD :

ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.. (ALBAQARAH 286)

TAPIKAN KAK LANG,,,MCAM MANA YEA NAK HADAPI SEMUA UJIAN TU.. HAAA.. MEH KAK LANG TUNJUK DEKAT HAMPA.. SEMUANYA ADA DALAM ALQURAN.. 





4. BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA..

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD ;

Wahai orang yang beriman,mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan bersabar dan solat.. sesungguhnya ALLAH berserta dengan orang yang bersabar.. (AL BAQARAH 153)

dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat.. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.. (ALBAQARAH 45)

Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta jiwa dan buah-buahan.. dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar.. (ALBAQARAH 155)

Wahai orang yang beriman barsabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersiap-siap di perbatasan negerimu di samping bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu beruntung.. (AL IMRAN 200)

Apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa yang ada di sisi ALLAH adalah kekal.. dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.. (AN NAHL 96)

Tapikan kak lang,,,,, dah xtahan dah dengan ujian ALLAH nie... eh2,,,kejap2,, .. kak lang belum abeh lagi.. nahhhh.. ambik nieeeeeee...

dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

so,,nak jadi orang kafir ke?? kalo xnak,jagn cepat putus asa la sayang2... 

senyum pada diri sendiri...
                                (nikmat tuhan yang manakah yang kamu nak dustakan...)

kak lang rasa cukup kot setakat ni... kak lang tulis nie pon sebab banyak sangat ujian yang kak lang hadapi.. doakan kak lang untuk bangun semula yea.. moga kita semua di bawah naungan ALLAH.. kak lang sayang semua kerana ALLAH.....

sesungguhnya ALQURAN itu syifa..
penyembuh segala duka.. 
pengubat segala rasa..
penawar segala2nya.. 





TABAHKAN DIRIMU BAK SERIKANDI KHADIJAH..
HALUSKAN AKHLAKMU SEPERTI FATIMAH ALZAHRAH..
SAMPAIKAN ILMUMU SEBIJAK SI MERAH AISYAH..
TEGUHKAN IMANMU SETEGUH SUMAIYAH..
SUCIKAN HATI MU SEPERTI RABIATUL ADAWIAH..
BARULAH DIRIMU MENJADI AINUL MARDHIAH..


Khamis, 25 April 2013

BIDADARI SYURGA



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
waallahua'alam..



Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih 







Isnin, 15 April 2013

BERMAAFAN DAN BERLAPANG DADA


Bermaaf maafan antara satu sama lain adalah amalan mulia yang di anjurkan oleh islam.. melalui amalan ini kita dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan berjemaah... 

Didalam islam juga kemaafan adalah sebahagian daripada sifat ALLAH yang suka mengampun dosa hambaNYA.. kecuali mereka yang syirik kepadaNYA.. namun begitu ada pula syarat yang tertentu yang membolehkan ALLAH mengampunkan dosa hambaNYA.. yakni hambaNYA yang taat dan patuh serta sentiasa bertaubat kepadaNYA.. sesungguhnya keutuhan dan kewibaan kensep kemaafan dalam islam telah lama terbukti.. malah ia tercatat kemas dalam sejarah islam.. 


Kemaafan Nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar islam,, Baginda tidak pernah memusuhi atau memarahi wanita Yahudi yang selalu mencaci,meludah dan melemparkan najis kepada Baginda ketika setiap kali melalui rumah wanita itu.. dengan sifat kemaafan yang ditunjukkan oleh Rasulullah,wanita itu telah menganut islam.. 

Rasullullah juga pernah memaafkan seorang Arab Badawi yang melakukan kesalahan kencing dalam masjid.. Baginda menegah orang ramai daripada mengeruni dan menghalangnya.. sikap mulia Rasullullah yang sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan musuh musuh islam menyebabkan suasana hidup aman dapat dipertahankan... apabila sifat maaf memaafkan antara satu sama lain itu ddiamalkan oleh Baginda hasil dakwah Rasulullah adalah positif.. dengan mengamalkan sifat mulia ini islam dapat disebarkan dengan meluas..


Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.. apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampunimu??? dan ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG...


Sebenarnya sikap ini satu sikap yang mulia dan unggul yang di ajarkan oleh agama islam.. keunggulan dan kemuliaan sikap kemaafan itu,telah meletakkan kemaafan itu sebagai salah satu sikap penting yang wajar diamalkan dalam kehidupan seharian umah islam..



sekiranya sikap bermaaf maafan ini tersemat rapi dalam diri maka sudah pasti perasaan dendam tidak akan timbul,malahan membuahkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.. jika diamati dengan betul,perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian..




                                             MUJAHIDAH SOLEHAH (AINUL MARDHIAH)

Isnin, 11 Mac 2013

MEMOTIVASIKAN DIRI


assalamualaikum semua..
shat ke smua nya?? alhamdullah,ary nie baru ada masa untuk kembali menconteng blog..
sementara tunggu nak ke kuliah...

JANGAN MINTA YANG TIDAK DAPAT DI LIHAT OLEH MATAMU..
TAPI MINTALAH APA YANG ADA DI MATAMU..

berlapang dada dengan ALLAH.. bahawa ALLAH yang menentukan segalanya..

mengapa harus bersedih.. bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasa segala masaalah?? hidup bermakna jika berdepan dengan masaalah.. orang yang tidak mahu berdepan dengan masaalah maka tidak layak untuk hidup di muka bumi ini..


lihat lah di sekeliling kamu dan teguhkanlah pendirian kamu.. sepanjang hidup dan usiamu jangan penah berputus asa.. senyuman yang kau berikan dan titisan air mata yang kau titiskan.. simpan,jadikan tauladan.. segala yang kau pandang dan kau dengar simapn buat pedoman..

orang yang bahagia itu selalu menyediakan waktu untuk membaca,.. kerana membaca itu sumber hikmah.. meyediakan waktu untuk tertawa.. kerana tertawa itu muzik jiwanya.. menyediakan waktu untuk berfikir.. kerana berfikir itu pokok kemajaun.. menyediakan waktu untuk beramal.. kerana beramal itu pangkal kejayaan... menyediakan waktu untuk beribadah.. kerana beribadah itu sumber ketenangan jiwa..

JANGAN KITA MELAMPAUI BATAS DALAM APA URUSAN SEKALI PON.. BERSEDERHANALAH SEMOGA ALLAH REDHO...

Ditengah kesulitan,sangat sikit yang memahi erti bersyukur.. Kumpulkan kekayaan hati..

BIARLAH ORANG MENGATA KITA..
JANGAN KITA MENGATA ORANG.. 

BIARLAH ORANG MEMFITNAH KITA..
JANGAN KITA MELAKUKANNYA JUGA..

BIARLAH ORANG MENZALIMI KITA..
KITA CUBA MEMAAFKAN MEREKA.. 


BIARLAH ORANG MENCACI KITA...
DOAKAN PETUNJUK BUAT MEREKA..
                                                                                   


       









BERCAKAPLAH YANG MEMBERI FAEDAH.. ATAU DIAM LEBIH BAIK..
KENANGKAN BUDI ORANG.. LUPAKAN JASA KITA..



Selasa, 6 November 2012

sunnah nabi sebelum tidur...

           
          ......بسم الله الرحمن الرحيم

jom tengok jap pasai solat witir.. kalo yg rasa nak tambah pahala.. boleh la amalkan solat witir yea...

 اَلْوِتْرَ(Al-witir) secara bahasa bermaksud jumlah yang ganjil seperti sekali, tiga kali, lima kali dan seterusnya. Ianya seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ
Dan Dia (yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala) itu ganjil (Tunggal atau Maha Esa)  dan mencintai yang ganjil. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Da’waat, no: 6410.

Al-Witir secara syarak bermaksud solat sunat yang dikerjakan di antara solat Isyak hingga munculnya fajar yakni masuknya waktu subuh dan ianya menjadi penutup bagi solat malam. Ianya digelarkan sebagai al-Witir kerana jumlah rakaatnya adalah ganjil seperti 1 rakaat, 3 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan seterusnya. Solat Witir ini tidak boleh dikerjakan dalam jumlah rakaat yang genap.

v  DALIL DISYARIATKAN

Solat Witir merupakan solat yang diutamakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggakan baginda tidak pernah meninggalkan perlaksanaannya walaupun ketika bermusafir. Dalil-dalil yang menunjukkan sabitnya anjuran untuk mengerjakan solat Witir ini begitu banyak. Di antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menekankan perlaksanaan solat Witir ini sebagaimana pesanannya kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan  solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

Berkenaan hukum melaksanakan solat Witir ini jumhur ulamak daripada para sahabat, tabi’in dan generasi setelahtabi’in berpendapat ianya adalah sunat mu’akkadah. Sebagaimana yang kita sedia maklum ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda bersabda:

ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ

...فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ


Serulah kepada mereka (yakni penduduk Yaman) kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah dan apabila mereka telah taat atas perkara ini maka beritahukan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Zakaah, no: 1395

Menerusi hadis ini dapat kita simpulkan bahawa solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah solat lima waktu sehari semalam. Maka solat-solat selain itu termasuk solat Witir ini hanya termasuk dalam perkara tathawwu’. Hukum ini juga adalah bersandarkan sebuah riwayat daripada ‘Ali radhiallahu’ anh:

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ الْوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 415

v  KEUTAMAANNYA

Allah Subhanahu wa Ta’ala amat menyukai mereka yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali radhiallahu’ anh di berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ   

Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1207

cara2 melaksanakan solat witir...

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


   Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :-
 
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

انَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir


Rakaat Ketiga
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri



2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.


Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا


Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.


jom pakat amalkannya.. solat witir sunah nabi sebelum tidur... 

melahirkan ulama rabbani...

Isnin, 5 November 2012

SOLAT DHUA...


assalamualaikum.. kak lang nak kongsi dengan kawan2 cara nak tambahkan rezeki... selamat beramalyea..




KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA...

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah...

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَ

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْس

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّة

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَال

Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA


Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْس

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّة

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَال

Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّة

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَات

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِين

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّة

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.


Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719..


selamat beramalyea.. sayang korang.. 


MEMARTABATKAN ISLAM...


Pengikut

Hello Kitty 59