Bermaaf maafan antara satu sama lain adalah amalan mulia yang di anjurkan oleh islam.. melalui amalan ini kita dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan berjemaah...
Didalam islam juga kemaafan adalah sebahagian daripada sifat ALLAH yang suka mengampun dosa hambaNYA.. kecuali mereka yang syirik kepadaNYA.. namun begitu ada pula syarat yang tertentu yang membolehkan ALLAH mengampunkan dosa hambaNYA.. yakni hambaNYA yang taat dan patuh serta sentiasa bertaubat kepadaNYA.. sesungguhnya keutuhan dan kewibaan kensep kemaafan dalam islam telah lama terbukti.. malah ia tercatat kemas dalam sejarah islam..
Kemaafan Nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar islam,, Baginda tidak pernah memusuhi atau memarahi wanita Yahudi yang selalu mencaci,meludah dan melemparkan najis kepada Baginda ketika setiap kali melalui rumah wanita itu.. dengan sifat kemaafan yang ditunjukkan oleh Rasulullah,wanita itu telah menganut islam..
Rasullullah juga pernah memaafkan seorang Arab Badawi yang melakukan kesalahan kencing dalam masjid.. Baginda menegah orang ramai daripada mengeruni dan menghalangnya.. sikap mulia Rasullullah yang sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan musuh musuh islam menyebabkan suasana hidup aman dapat dipertahankan... apabila sifat maaf memaafkan antara satu sama lain itu ddiamalkan oleh Baginda hasil dakwah Rasulullah adalah positif.. dengan mengamalkan sifat mulia ini islam dapat disebarkan dengan meluas..

Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.. apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampunimu??? dan ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG...
Sebenarnya sikap ini satu sikap yang mulia dan unggul yang di ajarkan oleh agama islam.. keunggulan dan kemuliaan sikap kemaafan itu,telah meletakkan kemaafan itu sebagai salah satu sikap penting yang wajar diamalkan dalam kehidupan seharian umah islam..
sekiranya sikap bermaaf maafan ini tersemat rapi dalam diri maka sudah pasti perasaan dendam tidak akan timbul,malahan membuahkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.. jika diamati dengan betul,perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian..

MUJAHIDAH SOLEHAH (AINUL MARDHIAH)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan