Blogger Layouts

Like Button

Khamis, 18 Oktober 2012

INFO KESIHATAN DARI KAK LANG..


ASSALAMUALAIKUM.. info kesihatan dari kak lang.. ramai yang sakit sbb tersilap langkah... jom baca jom..


KURANGKAN MINUM AIR MANIS.. HIHIH

kelebihan minum air sebelum gosok gigi


kita sepatutnya minum air kosong sebelum gosok gigi tau! bukan gosok gigi dulu. bangun pagi terus minum air masak baru perut tu rasa fresh! fresh??huahaha ..
ok fine actuly perut tu senang nak hadam makanan

  • bagun pagi dengan mulut yang berbau busuk
  • pergi ke dapur dan tuang air masak/kosong ok.jangan gedik minum abc pulak! pacah perut!
  • sebagai umat islam kene lah salawat dulu 3kali.baca bismillah.
  • lepastu minum dan kumuh-kumuh terus then telan lah.(jangan buang air kumuhan tu) macam geli kan? haha try lah!
  • minum lebih kurang 1.5 litter sebaik baiknya. but kalau tak larat minum 2 gelas air pun ok.(makin banyak minum makin bagus perut tu dicuci.)


peringatan: bagi orang yang tak biasa memang mula-mula nak telan air tu pasti rase nak muntah.tapi jangan putus asa. teruskan minum ya. slow slow. lama-lama terbiasa lah

bukan itu saja,selain daripada menggalakkan pembuangan bahan perkumuhan ia juga dapatmemberi tenaga di permulaan hari dan boleh mengdetoxkan badan daripada toksikyang bermaharajarela di dalam badan kita..



8 Perkara JANGAN Buat Selepas Makan...

8 Perkara JANGAN Buat Selepas Makan...




1. Jangan merokok.
Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi... dan rokok 2 mmg dah comform2 haramkan...

2. Jangan makan buah-buahan.
Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.


3. Jangan minum teh.
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.



4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.


5. Jangan mandi.
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.



6. Jangan banyak berjalan.
Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil. 


7. Jangan terus tidur.
Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.



8. Jangan terus minum air.
Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan. 





Bahaya Makan Minum Sambil Berdiri

Islam sangat lengkap menetapkan aspek kehidupan manusia, termasuk dalam cara makan. Mencuci tangan sebelum makan, makan dengan tangan kanan, tidak makan sampai kekenyangan, dan tidak makan sambil berdiri-adalah beberapa adab yang sudah dikenali dalam Islam. Namun ternyata, sebenarnya larangan untuk makan sambil berdiri ini juga mempunyai hikmah dan rahsia perubatan tersendiri.

Orang tua sering melarang kita makan dan minum sambil berdiri. Mungkin kedengarannya seperti nasihat biasa saja, tapi ternyata hal itu ada benarnya dan boleh dibuktikan dari segi agama mahupun kesihatan. Mau tahu?

Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik berbanding kita minum dengan cara berdiri.

Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh lewat) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penapisan yang berada di buah pinggang.Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa ditapis lagi. Air itu boleh terus menuju ke pundi kencing. Ketika terus menuju ke pundi kencing, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Kerana banyak sisa-sisa yang menyisa di ureter maka hal ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit buah pinggang yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

Selain itu, minum sambil berdiri tidak akan menyegarkan tubuh kita secara optimum dan air yang diserap akan cepat turun ke organ tubuh bahagian bawah. Sehingga air tersebut tidak boleh tersebar ke seluruh oragan tubuh yang lain kerana tidak sempat terpompa oleh jantung.

Padahal seperti yang kita ketahui, 80% lebih dari tubuh kita terdiri daripada air! Adapun apabila kita makan sambil berdiri, maka akan terjadi reflux asid perut. Dengan kata lain, asid perut akan naik ke saluran esofagus dan membuat sel-sel kerongkong teriritasi.Kerengsaan sel kerongkong ini kerana pH asid perut yang sangat asam (pH 1 - 2.5) dan kadang bertanda dengan gejala panas terbakar yang menyesak di dada (disebut sebagai "heartburn"). Bila kita tetap degil membiasakan makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa panjang, kerengsaan sel-sel kerongkong ini akan berakumulasi dan menyebabkan kanser saluran esofagus. Cara mencegah reflux asid perut ini adalah dengan makan sambil duduk.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata: "Bagaimana dengan makan?" beliau menjawab: "Itu kebih buruk lagi". (HR.Muslim dan Turmidzi)




pesan kak lang.. jaga kesihatan.. sbb kesihatan 2 anugerah tuhan bagi ke kita... tubuh badan kita 2,untuk kita infak ke jale tuhan.. banyakkan minum air masak yea.. kurangkan minum air bergas dan air manis2 nie.. kalo boleh sehari 4 liter minum air.. lagi bnyak,lagi molek deh.. SELAMAT BERAMAL DEH..

MELAHIRKAN ULAMA RABBANI...


Selasa, 16 Oktober 2012

MUSLIMAH BERNIQOB


Assalamualaikum pembuka bicara...
Ucapan Bismillahirrahmanirrahim permulaan wadah..


DETIK2 BERNIQOB...

kali ini ana ingin kongsikan dngan kawan2 pengalaman ana berniqob.. ramai sangat yang tanyakan kenapa anti berniqob sedangkan itu hanyalah sunah.. jadi,ana nukilkan pengalaman ana di sini..

Alhmdullah umuq ana sudah menjaangkau 21 tahun.. itu bermakna sudah 2 tahun ana sebagai muslimah berniqob.. bermacam2 onak dan duri yg telah ana harungi..

ana pon xsangka yang ana akan berniqob seperti sekarang.. hidayah dari ALLAH.. ALHAMDULLAH.. pada awalnya memang xpernah pon terdetik untuk berniqob lantaran dalam keluarga xdak sorg pon yg berniqob.. malah yang bertudung labuh pon hnya mak,adik dan ana saja.. mak2 sedare,spupu2.. smuanya biasa2 jew.. manakan plak boleh terlintas untuk berniqobkan..

tamat je stam terus apply mengajo dkat sekolah rendah ana dulu.. disitu lah baru ana belajar berdikari.. kenai erti idup.. ada sorg ustaz dkat sekolah 2 tgur ana.. anti nmpak cntik la.. ana suka tngok anti.. eh,us nie kenapa yea?? rabun ke buta?? org selekeh mcam saya ustaz ckap cntik?? (dlam aty mengucap ALHAMDULLAH).. xpasai2 kena tengkeng ustaz 2.. hahha.. padan muka.. ana nie garang.. dari zaman sekolah lagi xdak sapa yang berani usik..

ana nie orangnya simple jew.. tdung or baju xberiron pon pnah pakai.. hahah.. 2 pon nak ckap cntik lagi.. nak mekup,lagi la x.. hampir setiap hari jgak la ustaz 2 memuji ana.. mula nya ana wat dek jew,yela tiap2 ary ulang ayat yang sama.. dah nak naek termutah rasanya.. lama kelamaan ana jadi rimas.. berfikir sejenak.. kenapa ana di lahirkan cantik?? air mata mula mengalir.. bukan xbersyukur dgan kecantikan yang ALLAH bagi.. cuma takot kecantikan nie boleh mendorong ana ke neraka..boleh membawa fitnah pada dunia.. nauzubillahiminzalik.. air mata terus mengalir dngan lajunya..

selak punya selak kitab abah.. terbaca ayat nie..

"dan berkatalah kepada perempuan2 yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka: dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka,atau bapa mertua mereka,atau anak2 mereka,atau anak2 tiri mereka,atau saudara2 mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau bagi anak saudara mereka bagi yang perempuan,atau perempuan2 islam, atau hamba2 mereka,atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan,atau kanak2 yang belum mengerti apa itu aurat perempuan,dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka,dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang yang beriman semoga kamu berjaya"

                                                                                                               (an-Nur{24};31)

" dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dengan isteri2 nabi,maka mintala dengan mereka di sebalik tabir"

                                                                                                             (al-Ahzab[33]:53)

selama 6 bulan mencari erti sebenar berniqob.. dan mencari kekuatan untuk berniqob.. tibe2 terdeti,kenapa ana xberniqob..bukankah itu pakaian isteri2 nabi.. dan ia juga boleh mengelak fitnah... ana menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke mesir.. ALHAMDULAH.. tudung siap di jahit bersama niqob oleh my love mother.. jadi ana bertekad untuk istiqomah berniqob.. bulan 8, 2 tahun lepas ana mula berniqob.. sehari sblom bertolak ke KLIA.. mak,alang nak start pakai niqob sblom bertolak ge KLIA boleh x?? xpyah la.. pakai niqob dkat mesir je la.. dkat malaysia xyah la.. itu lah kata mak ana.. ana pon taat dan walak..

kapal terbang pon terbang... kami transit sebentar di kuwait.. turun je dari flight.. aty ana terdetik untuk berniqob.. tanpa berfikir panjang terus ke bilik air.. bukak beg dgan lafaz BISMILLAH.. terus menyarung niqob walaupon niqob 2 kedekut sejuta pon.. almaklumlah lipat buh dalam beg kan....  terasa tenang sangat.. terasa macam duduk di dunia lain.. ALHAMDULLAH..



DUGAAN MUSLIMAH BERHIJAB
jangan diingat menjadi muslimah berniqab itu mudah... nak cakap,nak berubah itu tersangatla senang dan mudah sekali,lau nak pakai jilbab labuh kew purdah kew, pakai jew...tapi kene ingat,nak istiqamah dan kekalkan tu memang tersangatla susah.. bermula ana sebagai muslimah berpurdah,disitu maka bermula ujian demi ujian yang baru yang mungkin sedikit sebanyak seandainya x kuat akan meruntuhkan tekad untuk berpurdah tu kepada x memakai lagi purdah.. tapi gitula ana.. dah memang ana nie jenis yang nekad,ana cara apa.. dah ana decide nak pakai macam nie,datangla gajah kew,rimau kew,singa kew, ana takkan lari dari medan jihad sebagai seorang muslimah yang berpurdah...! xkan sama sekali..! sekali ana dah tetapkan maka ana akan perjuangkan sehingga hembusan nafas ana yang terakhir..!


pada awal ana berpurdah,macam ia memberi kejutan pada orang kampung sebab kampung ana  memang xpernah ada yang berpurdah dan ini adalah pertama kalinya 'muncul' seorang nisa' yang berniqab.. bila keluar jew dari umah n seandainya ana berselisih dengan orang kg pasti akan dilihat pelik.. ana tahu ana kene kuat.. jalan nie yang ana pilih,jadi ana kene sabar dan sabar... 
hari meniti hari,bulan demi bulan kian berlalu,semakin lama dowg semakin boleyh menerima keadaan diri ana.. ke mana ana pergi ana akan di tegur.. x kurang ada yang 'puji' mak dan abah sebab berjaya bentuk anak jadi macam nie... Alhamdulillah.. syukur sangat perjuangan semakin dimudahkan walaupon sering di uji..
Alhamdulillah.. Allah memudahkan jalan ana untuk berdakwah.. bersahabat dengan semua rangkaian jenis sahabat.. sama ada yang berpurdah,,bertudung arini,berama2 di tudung,segala mak nenek la.. semuanya ana kawan.. x tengok pun yang ana kawan tu macam mana... sesetengah orang,bila dah berpurdah,dah berjilbab labuh,dowg berkwan sesama golongan dengan dowg jew... tapi x bagi ana.. ana yakin ana kuat.. kuat kerana ana yakin DIA sentiasa ada didalam hati ana dan di samping ana.. seandainya ana tersilap langkah pasti Dia akan gerakkan hati ana.. mudah2an Dia terus melindungi diri ana.. ameeen... 


 
bersahabat dengan sahabiah dari rangkaian 'alim' macam nie membuatkan ana terfikir dan bermuhasabah.. betul kata orang.. janganla menilai orang daripda luarannya serta cara pemakaiannya kerana luarannya itu belum tentu lagi mempamerkan dalamannya yang sebenarnya... sebaliknya nilailah manusia itu melalui hati dan pacaran sinar pada wajahnya.. seandainy dye permata,maka cahaya dari sinar permata itu pasti akan terpamer pada wajah seandainya sebaliknya maka kita pasti mampu membacanya jugak... bila di fikir2 balik dan dilihat serta dinilai,hurm terkadang golongan 'alim' nie xde beza pun dengan yang bertudung biasa...(maaf seandainya ada sahabiah yang terasa..ini cuma dari penilaian.. dan mungkin jugak apa yang dikatakan di sini terkene dengan diri ana sendiri..peringtan untuk ana jugak ) yang beza cuma cara pemakaian.. kenapa mesti berpakaian begini seandainya tingkah tidak kalian jaga..???! kenapa kalian mesti mempamerkan yang kalian sedikit pun xde beza dengan yang berpakaian biasa..??? kenapa terkadang kalanya tingkah kalian lebih 'melampau' dari nisa'2 yang biasa..??? ingatlah sahabiahku sekalian bila anda memilih jalan untuk mengikut sunnah,tingkah xperlu dijaga.. sebaliknya semuanya perlu dijaga dengan rapi terutamanya tingkah kita.. ingatla setapak kita tersalah langkah masyarakat mula akan memandang serong pada golongan yang pemakaian yang mengikut sunnah.. ingatla kerana nila setitik habis satu belanga susu tu rosak nanti.. bila dah decide nak pakai macam nie,perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.. kita perlu sentiasa beristiqamah sayangku... seandainya kita memakai pakaian macam nie hanya kerana dahagakan pujian baik dari masyarakat,xde gunanya jugak kerana kita akan menjadi hina di hadapanNya.. ingatla tujuan utama kita berpakaian macam nie.. tujuan kita yang utama adalah kerana Dia.. kerana ingin berjihad di atas jalan yang diredhai Allah.. demi rahmatNya,demia mahhabahNya,demi keredhaanNya,dan demi maghrfirat Nya.. ingatla.. perempuan dan muslimah itu dua rangkaian kata yang sangat berbeza.. jangan sahabiahku sayang sekalian ingat bila dah berjilbab labuh,dah berpurdah antum dah termasuk dalam golongan muslimah,x sama sekali seandainya semua yang sepatutnya kita jaga tpi kita x menjaganya... yang utama kita perlu jaga

1- jagaila hati kalian daripada ternoda dengan kepalsuan cinta rijal yang xpasti..
2- jagaila perilaku kalian sebagai mujahidah.. demi keredhaanNya...
3- jagaila setiap tutur biacara kalian..
4-letaklah Dia sepenuhnya didalam pemandangan kalian..


GADIS IDAMAN

gadis itu
wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
dialah puteri indah RUPAWAN.

tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA,

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cinta-Nya.

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
INDAH dipandang namun sangat sukar untuk DIPEGANG,
MULIANYA kerana KETAQWAAN..
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..


Sahabiahku sayang,
mahukah kalian menjadi gadis idaman ini..??? seandainya benar,jagalah semuanya wahai sahabiahku sayang... yang kita harapkan adalah keredhaanNya sayangku.. bukan pandangan baik dari masyarakat dan bukan jugak kerana ingin menjadi pujaan si arjuna.. cukup seandainya hidup kita tersuluh dengan Nur-Nya.. kita akan sentiasa tenang...

pesanku padamu wahai sahabiahku sayang,
janganla kerana ikutan atau trend kamu berpakaian seperti ini,sebaliknya lakukanlah semuanya kerana Dia..
sahabiahku sayang,
DIA terlalu penting didalam kehidupan kita,
tanpaNya kita lemah,
tanpaNya kita pasti kan tewas...
sahabiahku sayang,
ingatla kerana dengan 'belaian2Nya'lah kita bangkit,
bangkit menjadi nisa' yang kental di medan jihad,
bangkit menjadi nisa' yang tabah mengharungi segala onak duri,
bangkit menjadi nisa' yang penuh dengan kesabaran demi keredhaanNya,
bangkit menjadi nisa' yang sangat mensyukuri segalanya...

sahabiahku sayang...
hidupla keranaNya..
hidup ini x semudah disangkakan
dan x jugak seindah yang di gambarkan...
bangkitla menjadi seorang mujahidah solehah...!

demi Allah, ana sangat mencintai kalian..! 
 
MEMBINA ULAMA RABBANI...

Selasa, 9 Oktober 2012

SERI MUKA KAK LANG

  Assalamualaikum.. apa kabo yop dan yong smuanya?? shat2 sokmo kot la yea.. ary nie kak lang nak kongsi dgan korg cara2 nak wat pulut seri muka.. berseri2 muka kak lang sbb makn pulut nie la.. hohooo..

nak rasa,ambik la yea.. hohohoho

cantik x?? korg nak,ambik la.. hihii.. nak wat dya,xdak la senang sngat.. tapi,rasa dya,mmg sodappppppppppppp...


BAHAN-BAHANNYAAAAAA...

-2gelas beras pulut.. (rendam 4 jam)
-santan (sebiji kelapa,ambik yg no 2)
-sedikit garam...


BAHAN-BAHAN KEPALA DYAAAAA..

-air daun pandan ..
-santan (sebijik kelapa,ambik yg no 1 tadi)
-150 gm tepung gandum..
-350 gm gula..
-3biji telur..
-secubit garam..


CARA2NYA ;

didihkan air didalam kuali... masukkan beras pulut,santan no 2 bersama sedikit garam di dalam loyang.. apabila air sudah mendidih,masukkan loyang yg berisi beras pulut tadi.. kemudian,tudung.. biarkan sehingga pulut itu,benar2 masak.. 

sementara tunggu pulut 2 masak,cmpuqkan smua bahan2 kepalanya,didalam jag bland.. kemudian bland smpai kembang... (air daun pandan + santan 1000ml) jangan lebih,jgan kurang.. nnty xsedap.. dah siap bland,masukkan ke dalam periuk,kacau sehingga dya hampir2 pekat..

ok,pulut pon dah masak.. keluarkan loyang tadi dari belanga tadi.. kemudian tekan pulut 2 supaya dya btoi2 padat.. kemudian,tuangkan kepala dya tadi keatas pulut tersebut secara perlahan2.. supaya pulut 2 xrosak.. ok,siap smuanya.. masukkan kan balik ke dalam belannga yg berisi air tadi.. kukuslah selama 45 minit.. 

selamat mencube yea.. kawan2... uh,letih kak lang nak menulis nie ha.. nak wat dya senang lagi dari nak tulis nie ha...

nnty dah wat 2,jgan lupa pos dkat kak lang skit yea.. 

*MUMTAZ UMMAH.. MEMBINA GENERASI ULAMA RABBANI*..

Khamis, 4 Oktober 2012

SEKAYA KAK LANG

  Assalamualaikum smua..

Hari ni kak lang nak kongsi dgan korg,cara2 nak wat sekaya.. senang jew.. xsusah pon..
dkat mesir bnyak roti,tapi nak makan dgan apa yea?? jgan panik kawan2ku.. jom kita
belajo wat sekaya jom....






BAHAN- BAHAN

-4 cawan gula
-3biji telur
-2 sudu tepung gandum
-santan (sibiji kelapa).. kalo nak gna susu cair pon boleh.. dkat mesir kan payah nak cri santankan?? bubuh jew susu bukhoirah 2..

CARA-CARANYA

-masukkan dua gelas gulu,tepung gandum,santan dan telur dlam jag bland.. kemudian blandkan dya..
-2 cawan gula lagi,masukkan dalam periuk,hanguskan dya.. dah agak kekuningan..
-tuangkan bahan yg di bland tadi..
-kacau smpai jadi macam sakaya,dgan api yg slow...

P/S =kena sntiasa kacau kalo x,dya akan berketul...

selamat mencube yea kawan2 ku sayanag..

Pengikut

Hello Kitty 59