Blogger Layouts

Like Button

Khamis, 18 Oktober 2012

INFO KESIHATAN DARI KAK LANG..


ASSALAMUALAIKUM.. info kesihatan dari kak lang.. ramai yang sakit sbb tersilap langkah... jom baca jom..


KURANGKAN MINUM AIR MANIS.. HIHIH

kelebihan minum air sebelum gosok gigi


kita sepatutnya minum air kosong sebelum gosok gigi tau! bukan gosok gigi dulu. bangun pagi terus minum air masak baru perut tu rasa fresh! fresh??huahaha ..
ok fine actuly perut tu senang nak hadam makanan

  • bagun pagi dengan mulut yang berbau busuk
  • pergi ke dapur dan tuang air masak/kosong ok.jangan gedik minum abc pulak! pacah perut!
  • sebagai umat islam kene lah salawat dulu 3kali.baca bismillah.
  • lepastu minum dan kumuh-kumuh terus then telan lah.(jangan buang air kumuhan tu) macam geli kan? haha try lah!
  • minum lebih kurang 1.5 litter sebaik baiknya. but kalau tak larat minum 2 gelas air pun ok.(makin banyak minum makin bagus perut tu dicuci.)


peringatan: bagi orang yang tak biasa memang mula-mula nak telan air tu pasti rase nak muntah.tapi jangan putus asa. teruskan minum ya. slow slow. lama-lama terbiasa lah

bukan itu saja,selain daripada menggalakkan pembuangan bahan perkumuhan ia juga dapatmemberi tenaga di permulaan hari dan boleh mengdetoxkan badan daripada toksikyang bermaharajarela di dalam badan kita..



8 Perkara JANGAN Buat Selepas Makan...

8 Perkara JANGAN Buat Selepas Makan...




1. Jangan merokok.
Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi... dan rokok 2 mmg dah comform2 haramkan...

2. Jangan makan buah-buahan.
Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.


3. Jangan minum teh.
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.



4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.


5. Jangan mandi.
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.



6. Jangan banyak berjalan.
Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil. 


7. Jangan terus tidur.
Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.



8. Jangan terus minum air.
Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan. 





Bahaya Makan Minum Sambil Berdiri

Islam sangat lengkap menetapkan aspek kehidupan manusia, termasuk dalam cara makan. Mencuci tangan sebelum makan, makan dengan tangan kanan, tidak makan sampai kekenyangan, dan tidak makan sambil berdiri-adalah beberapa adab yang sudah dikenali dalam Islam. Namun ternyata, sebenarnya larangan untuk makan sambil berdiri ini juga mempunyai hikmah dan rahsia perubatan tersendiri.

Orang tua sering melarang kita makan dan minum sambil berdiri. Mungkin kedengarannya seperti nasihat biasa saja, tapi ternyata hal itu ada benarnya dan boleh dibuktikan dari segi agama mahupun kesihatan. Mau tahu?

Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik berbanding kita minum dengan cara berdiri.

Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh lewat) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penapisan yang berada di buah pinggang.Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa ditapis lagi. Air itu boleh terus menuju ke pundi kencing. Ketika terus menuju ke pundi kencing, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Kerana banyak sisa-sisa yang menyisa di ureter maka hal ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit buah pinggang yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

Selain itu, minum sambil berdiri tidak akan menyegarkan tubuh kita secara optimum dan air yang diserap akan cepat turun ke organ tubuh bahagian bawah. Sehingga air tersebut tidak boleh tersebar ke seluruh oragan tubuh yang lain kerana tidak sempat terpompa oleh jantung.

Padahal seperti yang kita ketahui, 80% lebih dari tubuh kita terdiri daripada air! Adapun apabila kita makan sambil berdiri, maka akan terjadi reflux asid perut. Dengan kata lain, asid perut akan naik ke saluran esofagus dan membuat sel-sel kerongkong teriritasi.Kerengsaan sel kerongkong ini kerana pH asid perut yang sangat asam (pH 1 - 2.5) dan kadang bertanda dengan gejala panas terbakar yang menyesak di dada (disebut sebagai "heartburn"). Bila kita tetap degil membiasakan makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa panjang, kerengsaan sel-sel kerongkong ini akan berakumulasi dan menyebabkan kanser saluran esofagus. Cara mencegah reflux asid perut ini adalah dengan makan sambil duduk.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata: "Bagaimana dengan makan?" beliau menjawab: "Itu kebih buruk lagi". (HR.Muslim dan Turmidzi)




pesan kak lang.. jaga kesihatan.. sbb kesihatan 2 anugerah tuhan bagi ke kita... tubuh badan kita 2,untuk kita infak ke jale tuhan.. banyakkan minum air masak yea.. kurangkan minum air bergas dan air manis2 nie.. kalo boleh sehari 4 liter minum air.. lagi bnyak,lagi molek deh.. SELAMAT BERAMAL DEH..

MELAHIRKAN ULAMA RABBANI...


1 ulasan:

Pengikut

Hello Kitty 59