Blogger Layouts

Like Button

Jumaat, 3 Februari 2012

Takutlah untuk tidur Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya. Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur. Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun? Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni” Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian. Menyesal lah ketika bangun Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan? Satu sahaja jawapannya. – Masa – Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula. Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu. Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun? Kenapa perlu semua ini? Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun? Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok. Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin. Penutup Hidup ini, untuk persediaan ke sana. Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan. Allah SWT berfirman: “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” (Surah Ali-Imran ayat 185) Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.


muhasabah diri..TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian : 1. Bangun subuh lewat 2. Tidur selepas subuh 3. Melewatkan waktu subuh 4. Ala kadar je bangun subuh 5. Tak bangun pun solat subuh Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas, “Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri” Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat? Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita. “Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti” “Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun” JIKA MAHU BERMUHASABAH Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh. Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”. Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat? Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya? Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya. Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang. MASA UNTUK BERUBAH Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN. Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh. Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya. Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur. “Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10) Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi. “Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.” Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.” Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula. Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya. Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda : “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Sabtu, 21 Januari 2012

kepastian...

     assalamualaikum...

                      DAPATKANLAH REZEKI DAN JANGAN TAMAK..


ulat yang ada di dalam tanah pon di jamin ALLAH rezekinya..

(dan tiadalah sesuatu pon dari makhluk2 yang bergerak di bumi melainkan ALLAH jualah yang menaggung rezekinya.. surah hud 6 )

burung yang tinggal di dalam sarangnya pon diberi makan oleh TUAHN YANG MAHA PENGAMPUN..

 (sebagaimana burung yang di beri rezeki, yang bertolak dengan perut kosong dan kembali dengan perut kenyang.. hadis nabi )

ikan yang ada di dlam air juga di beri rezeki oleh TUHAN LANGIT DAN BUMI..

(dan ia pula yg di memberi makan dan bukan ia yang di beri makan.. surah al an'am )

sementara kita lebih mulia dri ulat,burung dan ikan itu. tidak perlulah bersedih aty hnya soal rezeki. ramai orang di ulit kemiskinan ,kekacauan dan tekanan hidup hanya kerana mereka jauh dri ALLAH. misalnya ada seorang yang kaya, rezekinya banyak, badannya sihat, dan mendapat kebaikan dr TUHANNYA. kemudian ia berpaling drpd ketaatan,sering meninggalkan sembahyang, dan sering membuat dosa2 besar. maka ALLAH akn ambil kesihatannya dan keluasan rezekinya dan menimpakan kemiskinan ,kesedihan, dan kebimbangan kepadanya. dan hidupnya tidak akan jauh dri kesusahan dan bencana.

(dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKU maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.. surah taha 124 )

(sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah di kurniaknNYA kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.... surah al anfal 53 )

(dan apa jua yang menimpamu dari kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dan ALLAH memaafkan sebahagian besar dari dosa2 kamu.. surah asy syura 30 )

(dan bahawa sesungguhnya kalaulah mereka itu berjalan betul di atas jalan, sudah tentu kami menurunkan hujan lebat kepada mereka.. surah al jin 16 )

 10 PERKARA UNTUK MERAIK KEBAHAGIAAN..

1. bangun menjelan fajar menyinsing untuk beristigfar
(dan orang2 yg beristighar pada waktu sahur.. surah ali imran 17 )

2. menyendiri untuk bertafakur
(dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langin dan bumi.. surah ali imran 191..)

3. menjalin hubungan dengan orang soleh
(dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yg beribadat kepada TUHAN.. surah al kahfi 28 )

4. berzikir
(wahai orang2 yang beriman ingatlah serta sebutlah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak2nya.. surah al ahzab 41)

5. solat dengan khusyuk
(iatu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.. surah al mukminun 2)

6. membaca alquran dgan penuh penghayatan
(patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi alquran??.. surah an nisa 82)

7. berpuasa

8. bersedekah secara sembunyi
(hingga tangan kirinya tidak tahu apa yg di infakkan tangan kanannya.. hadis nabi)

9. meringankan beban orang islam
(sesiapa meringankan kesusahan yang dialami seorang islam di dunia maka ALLAH akn melepaskannya dari kesusahan pada hari akhrat.. hadis nabi)

10. berlaku zuhud terhadap sesuatu yang besifat fana
(padahal kehidupan akhrat lebih baik dan lebih kekal.. surah al a'la 17)

( jika anda ingin sentiasa bahagia,tuntutlah ilmu,galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat, nescaya smua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap..)

                              SELAMAT BERAMAL
ambik yg baek,buang yg buruk.. kalo da jrum yg patah,jgan simpan dlam peti.. kalo ada silap dan salah,buatlah alas kaki.. sekian.. terima kasih..



Jumaat, 20 Januari 2012

Pengikut

Hello Kitty 59